Hafidz Rosdi sah cerai isteri talak satu

Hafidz Rosdi tersenyum ketika ditemui di luar mahkamah, sementara Shuhada mengalirkan air mata selepas prosiding pengesahan lafaz cerai luar mahkamah pada Khamis.
Hafidz Rosdi tersenyum ketika ditemui di luar mahkamah, sementara Shuhada mengalirkan air mata selepas prosiding pengesahan lafaz cerai luar mahkamah pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon, Hafidz Rosdi disahkan bercerai dengan isterinya, Shuhada talak satu pada Februari lalu, oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.



Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin memutuskan demikian ketika prosiding pengesahan lafaz cerai luar mahkamah daripada pelakon itu atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, terhadap Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Ketika membaca keputusan berkenaan, hakim syarie ini berkata, setelah mendengar permohonan Hafidz selaku plaintif, termasuk keterangan semua pihak, mahkamah mendapati lafaz cerai yang dibuat secara lisan, pada jam 11.40 malam, 22 Februari lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

"Mulai tarikh dan waktu itu, jatuhkan talak satu kali pertama ke atas Shuhada selaku defendan.

"Sebelum ini, defendan mengandung maka edahnya adalah sehingga bersalin atau keguguran, seterusnya mahkamah memerintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Petaling dan surat nikah dibatalkan," katanya.