Tze Yong singkir bekas juara dunia di Tokyo

Tze Yong - Foto Badminton Photo
Tze Yong - Foto Badminton Photo
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong tampil garang apabila menyingkirkan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dalam pusingan pertama Terbuka Jepun di Gimnasium Yoyogi di Tokyo pada Rabu.

Kemenangan straight set 21-16, 21-17 dalam aksi 41 minit itu juga menyaksikan Tze Yong melunaskan dendam ke atas pemain nombor lapan dunia tersebut selepas tewas dalam Terbuka Korea minggu lalu,

Di pusingan kedua, pemain kelahiran Johor Bahru, Johor berusia 23 tahun itu akan berdepan pemenang perlawanan antara pemain Jepun, Kento Momota dengan rakan senegaranya, Koki Watanabe bagi slot tiket ke suku akhir, pada Khamis.

Terdahulu di Stadium Jinnam, Yeosu itu, Tze Yong tewas kepada 22-20, 21-19 kepada Kean Yew dalam aksi suku akhir dalam masa 45 minit.

Sebagai rekod, kemenangan ini juga merupakan kemenangan kedua Tze Yong ke atas Kean Yew.

Sebelum ini anak muda tersebut menewaskan Kean Yew, kelahiran bumi Pulau Pinang tersebut pada aksi suku akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022.