Ayda Jebat hamil anak kedua

PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak kedua.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, kandungannya sudah masuk lima bulan dan dia dijangka bersalin awal Disember depan.
“Memandangkan kini saya sedang menjalani penggambaran, saya berterima kasih kepada semua pihak yang memahami keadaan saya.
“Walaupun bukan semua tahu saya sedang hamil, tetapi saya terharu dengan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.
Ayda membuat pengumuman istimewa itu bersama suaminya, Nabil Mahir ketika sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya, Bukan Cinta Sempurna di Pavilion Bukit Bintang pada Selasa.
Selain Ayda, drama terbabit turut dibintangi Amar Baharin, Fadlan Hazim, Shah Iskandar, Hanna Aqeela, Neera Azizi dan ramai lagi.
Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -‘Dulang boy’ Syed Saddiq dedah kisah di sebalik bawa hantaran kerusi urut
11 Oktober 2026 08:15pmWatie nafi dakwaan kenal Shuib ketika Siti Sarah masih hidup
11 Oktober 2026 01:39pmInfo hantaran perkahwinan Syed Saddiq - Bella Astillah
10 Oktober 2026 03:58pmGempar pesawat bawa ratusan penumpang 'terhempas'
14 Oktober 2026 02:07pmPenjual buah maut, gerai dirempuh lori balak
14 Oktober 2026 02:35pm- Iklan -- Iklan -
