Program penanaman semula hutan paya bakau

A
A
A
Anak benih pokok bakau yang ditanam pada program sehari Aktiviti Penanaman Pokok 'Walk4Trees Challenge' bersama komuniti anjuran Pusat Alam Sekitar Global (Global Environmental Centre GEC) serta Yayasan Petronas.

Seramai 60 peserta daripada 24 wakil kumpulan komuniti dan warga Yayasan Petronas serta lima orang wakil media menyertai program penanaman semula hutan paya bakau di Kampung Dato' Hormat, terletak sekitar 22 kilometer dari pekan Sabak Bernam ini.

Terletak di pesisiran Sungai Bernam yang menjadi titik sempadan tiga negeri, iaitu Perak, Selangor dan Pahang, hutan bakau di Kampung Dato' Hormat menjadi sebagai penampan zon tebing sungai selain penting untuk aktiviti perikanan bagi menyokong pendapatan penduduk setempat.