DAP tanding 15 kerusi DUN Selangor, 6 muka baharu

Anthony (enam dari kiri) pada majlis pengumuman calon DAP di Kuala Lumpur pada Isnin.
Anthony (enam dari kiri) pada majlis pengumuman calon DAP di Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] DAP akan bertanding sebanyak 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sembilan daripadanya merupakan penyandang, manakala enam lagi merupakan calon baharu.

“Daripada 15 calon baharu ini, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada DAP Selangor kerana telah meremajakan parti dengan purata umur calon adalah 43.6 tahun.

“Maksudnya calon yang diperkenalkan di bawah 50 tahun. Tiada seorang pun calon melebihi 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pengumuman Calon DAP bagi PRN Selangor di Ibu Pejabat DAP di sini pada Isnin.

Tambah beliau, daripada kesemua calon DUN Selangor, seramai 10 atau dua per tiga daripadanya merupakan calon lelaki dan selebihnya iaitu lima orang adalah wanita.

“Pertimbangan ini diambil kira. Kita meletakkan calon ini untuk pastikan kemenangan di semua kerusi (DUN Selangor) yang bertanding.

“Kesemua ini (15 kerusi) adalah merupakan kerusi penyandang yang dimenangi oleh DAP,” ujarnya.


Senarai penuh calon DAP bagi PRN Selangor

N4 Sekinchan - Ng Suee Lim

N6 Kuala Kubu Baharu - Lee Kee Hiong

N22 Teratai - Yew Jia Haur

N27 Balakong - On Chun Wei

N28 Seri Kembangan - Wong Siew Ki

N30 Kinrara - Ng Sze Han

N31 Subang Jaya - Michelle Ng Mei Sze

N34 Bukit Gasing - Rajiv Rishyakaran

N35 Kampung Tunku - Lim Yi Wei

N36 Bandar Utama - Jamaliah Jamaluddin

N45 Bandar Baru Klang - Quah Perng Fri

N47 Pandamaran - Leong Tuck Chee

N50 Kota Kemuning - Preakas Sampunathan

N52 Banting - Papparaidu Veraman

N56 Sungai Pelek - Lwi Kian Keong