Lelaki maut dihempap batu ketika melombong emas

Lokasi yang dikatakan berlakunya kejadian membabitkan pelombong dihempap batu pada Ahad. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. - Foto PDRM
Lokasi yang dikatakan berlakunya kejadian membabitkan pelombong dihempap batu pada Ahad. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. - Foto PDRM
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut dipercayai dihempap batu semasa melombong emas di Sungai Kadir, Kampung Sungai Temau, Lipis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, Ketua Balai Polis Merapoh menerima panggilan orang awam berhubung kejadian terbabit pada jam 4.30 petang.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, kejadian dipercayai berpunca akibat runtuhan tebing ketika mangsa, Suhaimi Sudin, 44, menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan berkenaan.

"Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa bersama dua rakannya pergi melombong di anak Sungai Kadir.

"Jarak lokasi tempat kejadian dengan Felcra Sungai Temau lebih kurang tiga kilometer," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Azli memberitahu, dua lagi rakan mangsa terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat,” katanya