Angka kematian banjir kilat di Afghanistan meningkat 26 orang

Seorang lelaki Afghanistan meninjau di jalan yang diselaputi lumpur akibat banjir kilat di kawasan Khair Abad, wilayah Ghazni. - Foto: AFP
Seorang lelaki Afghanistan meninjau di jalan yang diselaputi lumpur akibat banjir kilat di kawasan Khair Abad, wilayah Ghazni. - Foto: AFP
A
A
A

KABUL - Jumlah kematian akibat banjir kilat semalaman di tengah Afghanistan meningkat kepada 26 orang dengan lebih 40 orang dilaporkan masih hilang.

Jurucakap Kementerian Pengurusan Bencana Negeri,Shafiullah Rahimi berkata, seramai 31 orang maut di seluruh negara dalam bencana banjir sejak Jumaat dan mengakibatkan kerosakan harta benda dan ladang.

Rahimi memberitahu sidang akhbar bahawa kira-kira 604 rumah telah rosak sepenuhnya atau sebahagiannya manakala ratusan ekar tanah pertanian di daerah Jalrez mengalami nasib sama.

Di seluruh negara, dalam tempoh empat bulan lepas, seramai 214 orang dilaporkan terbunuh akibat bencana alam. - AFP