Objek seperti bom ditemui bawah kereta Siti Kasim

Polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian membabitkan kereta milik Siti Kasim di Jalan Maarof, Bangsar pada Jumaat. (Kanan: Objek yang didakwa sebagai bom mencetuskan suasana panik di lokasi kejadian)
Polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian membabitkan kereta milik Siti Kasim di Jalan Maarof, Bangsar pada Jumaat. (Kanan: Objek yang didakwa sebagai bom mencetuskan suasana panik di lokasi kejadian)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Siti Kasim berdepan situasi cemas apabila terdapat objek mencurigakan yang didakwa 'bom' di bawah kereta miliknya di Jalan Maarof, Bangsar di sini pada Jumaat.

Difahamkan, Siti Kasim menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika dia menghantar kenderaannya itu ke pusat servis di lokasi terbabit pada jam 12 tengah hari.

Susulan itu, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di lokasi untuk menjalankan siasatan.

Kawasan berhampiran pusat servis kenderaan turut ditutup kira-kira 100 meter kepada orang awam.

Pemilik kenderaan di pusat servis berkenaan turut diminta untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.

Turut hadir di lokasi kejadian ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Siti Kasim turut memuat naik rakaman siaran langsung di Facebooknya memaparkan kejadian dan pemeriksaan yang dijalankan pihak polis.