MBSA sediakan kaunter bergerak pada cuti hujung minggu

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pejabat bergerak bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran pada cuti hujung minggu.

Pejabat bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) akan beroperasi di perkarangan parkir Ole-ole Shopping Centre Seksyen 18, Shah Alam pada esok hari bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif, berkata, perkhidmatan SAOW ini memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya.

“Melalui perkhidmatan ini, kita berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA kepada orang ramai,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.