Mahrez sah sertai Al-Ahli

Mahrez
Mahrez
A
A
A

PENYERANG Manchester City dan Algeria, Riyad Mahrez dilaporkan telah melengkapkan perpindahan ke kelab Arab Saudi Al-Ahli, menurut TV Al Ekhbariya milik kerajaan Saudi pada Jumaat.

Al Ekhbariya dalam satu ciapan di Twitter berkata, Mahrez telah menjadi pemain terbaharu ditandatangani oleh Al-Ahli tetapi tidak memberikan butiran lanjut dan kelab yang berpangkalan di Jeddah itu juga masih belum membuat pengumuman rasmi.

Mahrez menjaringkan 78 gol dan membuat 59 bantuan gol dalam 236 penampilan dalam semua pertandingan bersama City selain memenangi 11 trofi di kelab itu selepas berpindah dari Leicester City pada 2018.

Pemain berusia 32 tahun itu menyaksikan peranannya dalam skuad Pep Guardialo dikurangkan musim lalu dan menjaringkan 15 gol dalam 147 perlawanan.

Namun dia tersisih saingan Piala FA dan final Liga Juara-Juara ketika City menjulang tiga trofi bersejarah.

Al-Ahli yang baru dinaikkan ke Liga Pro Saudi selepas setahun di Divisyen Dua musim lalu turut menandatangani bekas penyerang Liverpool Roberto Firmino dengan perpindahan percuma dan bekas penjaga gol Chelsea Edouard Mendy dengan kontrak tiga tahun.

Bulan lalu, Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan Projek Pelaburan dan Penswastaan ​​Kelab Sukan melibatkan juara liga Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.