Pengikut ajaran Si Hulk bersembunyi di luar negara

Mohd Fared menunjukkan profile Facebook milik Suhaini Mohammad Suhaini atau lebih dikenali 'Si Hulk.'
Mohd Fared menunjukkan profile Facebook milik Suhaini Mohammad Suhaini atau lebih dikenali 'Si Hulk.'
A
A
A

JOHOR BAHRU - Video tular membabitkan individu yang dikesan mengaku sebagai pengikut ajaran sesat Si Hulk dimuat naik dan dirakam di luar negara dipercayai di New Zealand.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan penguatkuasaan sukar diambil memandangkan individu terlibat dalam video itu berada di luar negara.

Bagaimanapun katanya, sekiranya mereka pulang ke negeri ini, tangkapan boleh dibuat mengikut lunas undang-undang sedia ada.

"Pengasas dan juga pengikut ajaran sesat Si Hulk ini sebenarnya pengecut, mereka hanya berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian setelah tidak berada di dalam negara.