Tiga beranak maut dilanggar kereta bawa daun ketum

Keadaan Proton Wira remuk bahagian depan dalam kemalangan maut di Kampung Nibong, Tanah Merah pagi tadi. - Foto: Ihsan Pembaca
Keadaan Proton Wira remuk bahagian depan dalam kemalangan maut di Kampung Nibong, Tanah Merah pagi tadi. - Foto: Ihsan Pembaca
A
A
A

TANAH MERAH - [DIKEMASKINI] Tiga beranak maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta Proton Wira yang bermuatan daun ketum di Kampung Nibong di sini pagi tadi.

Dalam Kejadian jam 7.30 pagi, mangsa Norzurita Shah Kadir, 26 menunggang motosikal jenis Ex-5 dan dua anaknya, Muhammad Adam Mukhriz Adnan, 6 dan Siti Husna Qaisara Adnan, 4, membonceng motosikal berkenaan.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Jeli untuk menghantar anaknya ke sekolah tabika manakala pemandu kereta berkenaan dari arah bertentangan.

Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dirempuh dari arah depan selepas pemandu kereta terbabit dikatakan hilang kawalan dan masuk ke laluan mangsa.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, pemandu Proton Wira warga Thailand berumur 25 tahun itu dipercayai dalam pengaruh dadah jenis pil kuda.

"Dipercayai suspek membawa muatan daun ketum seberat 150 kilogram dalam kereta Proton Wira berkenaan.

"Suspek membawa muatan daun ketum itu dalam but dipercayai untuk pasaran Tanah Merah.

Artikel Berkaitan:

"Akibat kemalangan itu, mangsa terjatuh dalam kawasan semak berhampiran dan tercampak sejauh lima meter antara satu sama lain," katanya.

Suzaimi berkata, suspek ditahan untuk tindakan lanjut dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 30(3) Akta Racun untuk tindakan lanjut.

Mayat salah seorang mangsa diangkat ke unit forensik untuk bedah siasat.
Mayat salah seorang mangsa diangkat ke unit forensik untuk bedah siasat.