Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan rambang di Auckland

Wisma Putra
Wisma Putra
A
A
A

PUTRAJAYA - Wisma Putra mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand.

Menerusi kenyataan pada Khamis, Wisma Putra memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di alamat 10 Washington Avenue Brooklyn, PO Box 9422, Wellington atau talian telefon 64-4-3852439 dan 64-210440188 untuk kecemasan," katanya.

Sekurang-kurangnya dua maut manakala enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di pusat bandar Auckland, New Zealand.

Polis mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan antara yang maut dalam kejadian.

Insiden berkenaan berlaku di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Lower Queen Street dan seorang pegawai polis antara yang cedera.