Lima bukti Malaysia di kedudukan lebih baik bawah Kerajaan Perpaduan

Fahmi berkongsi Kad Laporan Tujuh Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri Dua) yang menggariskan bukti terbabit iaitu ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lepas iaitu 4.8 peratus.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil membentangkan lima bukti bahawa Malaysia kini berada di kedudukan yang lebih baik sepanjang pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkongsi Kad Laporan Tujuh Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri Dua) yang menggariskan bukti terbabit iaitu ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lepas iaitu 4.8 peratus.

"Jumlah pelaburan ke Malaysia meningkat kepada RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023 berbanding RM44.7 bilion bagi suku pertama 2022,” menurutnya dalam hantaran itu pada Selasa.

Fahmi berkata, selain itu, kadar inflasi negara semakin rendah iaitu 3.9 peratus bagi suku pertama dan 3.6 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding 3.7 peratus dan 4.2 peratus, masing-masing bagi suku ketiga dan suku keempat pada 2022.