Tiga lelaki ditahan edar pil kuda

Dadah yang dirampas daripada tiga lelaki di Pasir Mas.
Dadah yang dirampas daripada tiga lelaki di Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Tiga lelaki ditahan dipercayai mengedar pil kuda bernilai RM31,180 di Kampung Bechah Kelubi, Tok Uban, di sini, pada Selasa.

Mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan dalam Ops Tapis pada jam 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, bertindak atas maklumat, hasil pemeriksaan, polis merampas dadah jenis pil kuda sebanyak 3,118 biji dengan anggaran berat 311.8 gram.

“Nilai rampasan dadah tersebut dianggarkan berjumlah RM31,180,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Menurut beliau, semakan mendapati mereka mempunyai rekod kesalahan lampau yang berkait kes dadah.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua mereka ditahan reman tujuh hari bermula Selasa sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.