Abdullah Abbas jadi pilihan Neelofa, Haris

Bilal bersama adiknya.
Bilal bersama adiknya.
A
A
A

PENGACARA dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor menunaikan janji untuk berkongsi nama putera keduanya pada hari ketujuh kelahiran.

Pasangan itu sepakat memilih nama Abdullah Abbas dan turut berkongsi di sebalik pemilihan nama tersebut.

"Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

"Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keikhlasan dan keberanian beliau dalam agama.

"Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas. Nama yang paling disukai ALLAH antaranya Abdullah, maka permulaan namanya adalah Abdullah.

"Abbas pula, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah doakannya dan berkat doa Nabi SAW maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usianya yang muda ternyata sangat fakih (bijak)," jelas Neelofa pada hantaran terkini di Instagramnya.

Pada hantaran itu, Neelofa turut berkongsi gambar Bilal memandang adiknya.

Neelofa dan Haris sepakat memilih nama Abdullah Abbas.
Neelofa dan Haris sepakat memilih nama Abdullah Abbas.

Tambah selebriti berusia 34 tahun itu, besar harapannya dan suami, Haris Ismail atau PU Riz untuk melihat Abdullah Abbas membesar dan menjadi daie menyampaikan dakwah.

"Jadi harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih ALLAH menjadi daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

"Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya ALLAH sahaja yang tahu," coretnya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menimang putera kedua yang dilahirkan secara normal pada 11 Julai lalu.

Selain Abdullah Abbas, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 itu turut memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 18 bulan.