Sila log masuk terlebih dahulu.

Bonzer dihadap ke mahkamah, didakwa bunuh isteri 

18 Julai 2023 | VIDEO
A
A
A
Bonzer dihadap ke mahkamah, didakwa bunuh isteri

BERITA MOJO 18 JULAI 2023

Seorang pengawal kelab hiburan atau bonzer dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, Perak pada Selasa atas tuduhan membunuh isterinya minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

S Gabriel didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian E Komati antara jam 6.30 hingga 7 petang di Ladang Walbrook, Sitiawan di sini pada 10 Julai lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/268835/berita/semasa/bakar-isteri-bonzer-didakwa-membunuh

#SinarHarian #BeritaMojo