Berkonvoi naik kapcai lawat warga polis

Ahsmon (empat dari kanan) ketika menyertai program Kembara Kapcai 2019 Budimu Dikenang Sempena Peringatan Hari Polis Ke 212, baru-baru ini.
Ahsmon (empat dari kanan) ketika menyertai program Kembara Kapcai 2019 Budimu Dikenang Sempena Peringatan Hari Polis Ke 212, baru-baru ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seramai 120 orang pegawai, anggota Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan orang awam berkonvoi sempena Program Kembara Kapcai 2019 Budimu Dikenang Sempena Peringatan Hari Polis Ke 212, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, program berkenaan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Tujuan program ini adalah untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada balu, pesara, pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam.

“Ia sebagai usaha mengenang jasa warga dan keluarga Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Program ini juga beri ruang kepada polis menyampaikan maklumat pencegahan jenayah khususnya mengenai dadah, curi motosikal dan rempit kepada masyarakat setempat,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, program dimulakan dengan taklimat ringkas dan perlepasan peserta konvoi dari IPD Kota Tinggi yang diketuai oleh beliau.

Seramai 11 orang penerima mendapat bantuan berbentuk hamper dan barang keperluan makanan pada program itu.

Artikel Berkaitan: