BN guna tujuh formula tawan enam negeri - Ahmad Maslan

KLANG - Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan tujuh formula bagi memastikan kemenangan di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, formula pertama yang digunakan adalah memastikan parti dalam keadaan kesiapsiagaan tinggi.
"Kita kena sentiasa bersiap sedia dalam pelbagai sudut, manakala formula kedua jangan pandang lekeh orang (parti) lawan," katanya ketika berucap pada Program Town Hall UMNO Bahagian Kota Raja di Royal Mustika Ballroom, di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata, formula ketiga pula setiap jentera parti diingatkan supaya memperbanyak program dan aktiviti bagi memenangkan calon BN.