Piala FA: Kuota tiket KL City tak laku dijual kepada penyokong JDT

Kuota tiket untuk KL City yang tidak habis akan dijual kepada penyokong JDT.
Kuota tiket untuk KL City yang tidak habis akan dijual kepada penyokong JDT.
A
A
A

KUOTA tiket Kuala Lumpur (KL) City untuk perlawanan akhir Piala FA yang tidak habis dijual oleh kelab berkenaan akan dibuka jualan kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT).

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan sebelum ini.

"MFL memaklumkan telah menerima semula sebahagian tiket perlawanan akhir Piala FA 2023 yang berkemungkinan tidak habis dijual oleh KL City FC.

"Tiket yang diserahkan semula oleh KL City itu akan dijual kepada penyokong JDT seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan menerusi hebahan media yang dikeluarkan pihak MFL sebelum ini," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, MFL memberi jaminan penyokong KL City masih boleh membeli tiket aksi final itu yang masih ada diperuntukkan buat mereka.

"Untuk maklumat terkini mengenai penjualan tiket, sila nantikan pengumuman rasmi daripada kedua-dua pasukan finalis, KL City dan JDT," kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, JDT memaklumkan kuota tiket kelab berkenaan untuk perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu ini telah habis dijual.