'Beruk besi' panjat pokok kelapa

A
A
A

Zakaria Omar, 48, menggunakan 'beruk besi' untuk memanjat pokok kelapa ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Baru Tetambah, Manir.

Alat memanjat pokok kelapa atau lebih dikenali sebagai 'beruk besi' menjadi teman setia buat para lelaki di kampung ini untuk meraih pendapatan. Ini kerana alat itu digunakan sepenuhnya untuk mencari rezeki sebagai pemanjat kelapa sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, perkhidmatan menggunakan beruk besi itu tidak terhad hanya untuk memetik kelapa sahaja, tetapi ia juga berfungsi untuk menebang pokok kelapa.

Zakaria atau lebih mesra dipanggil Pok Ya berkata, sehingga kini permintaan terhadap perkhidmatan memanjat pokok kelapa sangat tinggi dalam kalangan penduduk kampung.