'Bidadari hati saya telah kembali ke rahmatullah' - Adi Fashla

Adi berkongsi berita duka mengenai pemergian bonda tercinta pada Jumaat.
Adi berkongsi berita duka mengenai pemergian bonda tercinta pada Jumaat.
A
A
A

PENYANYI yang juga bekas penyampai radio, Adi Fashla Juraimi berkongsi berita duka mengenai pemergian bonda tercinta pada Jumaat.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Adi, 47, yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama tidak berkongsi butiran lanjut mengenai punca kematian ibunya yang berusia 70 tahun.

"Bidadari hati saya, ibunda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 malam tadi (14 Julai 2023, Jumaat)," coretnya ringkas.

Perkongsian Adi itu dihujani dengan ucapan takziah daripada rakan selebriti dan peminat.

Alif Satar: "Innalillahiwainnailayhirojiuun... semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin.. Allahumma aameen. Salam takziah Adi."

Datuk Aznil Nawawi: "Takziah Adi. Al-Fatihah. Semoga arwah diletakkan bersama orang-orang yang beriman."

Radin ERA: "Innalillahiwainailaihirojiun... Salam takziah sahabat.. moga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di taman syurga. Al-Fatihah."

Abby Fana: "Innalillahiwainnailaihirojiuun...semoga roh bonda tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh. Rasanya macam baru lagi Adi kehilangan nenek kan... takziah Adi, moga kuat menghadapi ujian pemergian wanita-wanita hebat dalam hidupmu... Al-Fatihah."

Sekadar info, selepas keluar dari Akademi Fantasia, Adi aktif dalam dunia radio dan pernah menjadi penyampai radio di stesen Era dan XFresh.

Adi kini bekerja dalam bidang swasta dan lebih banyak berada di belakang tabir.