Mohon maaf tak selesaikan kesalahan, PDRM bebas siasat Sanusi - Azalina

Azalina, Muhammad Sanusi
Azalina, Muhammad Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Mana-mana pihak yang membangkitkan isu membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi Raja-Raja, adalah kesalahan di sisi undang-undang dan tidak akan selesai dengan permohonan maaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, permohonan maaf bukan satu pembelaan daripada segi undang- undang dalam perundangan jenayah.

Justeru, beliau menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bebas menyiasat sesiapa sahaja yang membangkitkan isu 3R yang melanggar mana-mana undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak.

"Saya ingin membawa perhatian kepada tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di mana beliau telah dalam ceramah politiknya, mempersoalkan kewibawaan Sultan (Selangor) Sharafuddin Idris Shah berkaitan pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

"Kerajaan mahu tegaskan bahawa walaupun kebebasan bersuara merupakan hak perlembagaan setiap warga Malaysia di bawah Perkara 10(1)(a) PP, kebebasan ini tertakluk kepada Perkara 10(2) PP bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.

"Sebagai orang politik atau mana-mana orang yang dikurniakan kuasa, kita harus sedar bahawa pertuturan kita ada kuasa untuk mempengaruhi orang ramai, terutama sekali dalam musim pilihan raya," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Sanusi dilapor mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Sharafuddin berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau mengutuskan warkah kepada Sultan Selangor untuk menjelaskan maksud sebenar ucapannya yang didakwa telah diputar belit Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

ARTIKEL BERKAITAN:

'Itu sikap sebenar Sanusi' - Amirudin

Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi

"Sanusi perlu buat taubat Nasuha'' - Ahmad Zahid

'Kenyataan Menteri Besar Kedah melampau, kurang ajar'

Hina Sultan: AMK Selangor buat laporan polis

Hina Sultan: Pihak berkuasa perlu buka kertas siasatan terhadap Sanusi

Ahli Dewan Diraja Selangor gesa Sanusi mohon maaf secara terbuka

Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi

'Sanusi perlu sedia berdepan tindakan' - Saifuddin Nasution

Sanusi dakwa ucapan diputar belit, cubaan bunuh karakter

Sanusi utus surat kepada Sultan Selangor, mohon ampun