City tak rela kehilangan Walker

Walker
Walker
A
A
A

MANCHESTER City sedang mengatur langkah untuk mengekalkan pemain pertahanan, Kyle Walker di kelab itu di sebalik minat yang ditunjukkan Bayern Munich dan Juventus.

Juara Liga Perdana Inggeris itu sedang mencari cara untuk melanjutkan kontrak Walker selama satu tahun sehingga 2025.

Kehilangan Walker akan menjadi tamparan buat City yang turut kehilangan pemain pertahanan Joao Cancelo dan Aymeric Laporte pada musim panas ini.

Walker dilaporkan sudah menyatakan persetujuan lisan untuk menyertai Bayern, namun perlu memastikan aspek perjanjian kewangan dapat diselesaikan antara kedua-dua kelab.

Pemain kebangsaan England itu telah menjadi pemain utama City sejak menyertai kelab pada 2017 dan telah memainkan peranan penting dalam kejayaan domestik dan Eropah City.

Bagaimanapun, tarikan kontrak yang lebih panjang dan perpindahan ke Jerman mungkin menggoda pemain pertahanan berusia 33 tahun itu.

City akan berharap tawaran lanjutan kontrak mereka akan meyakinkan Walker untuk kekal namun sudah mempunyai senarai calon pengganti.

Kelab itu sudah membuat persiapan untuk pengganti yang berpotensi iaitu pertahanan kanan Bayern, Benjamin Pavard dikenal pasti sebagai pengganti Walker.