2,000 peniaga meriahkan Karnival Usahawan Komuniti Diimpian 2.0

Karnival Usahawan Komuniti Diimpian 2.0 diadakan di D’impian Agro Farm Muar, Muar pada 23 dan 24 Jun lalu.
Karnival Usahawan Komuniti Diimpian 2.0 diadakan di D’impian Agro Farm Muar, Muar pada 23 dan 24 Jun lalu.
A
A
A

MUAR - Penganjuran Karnival Usahawan Komuniti Diimpian 2.0 di D’impian Agro Farm Muar di sini pada 23 dan 24 Jun lalu mampu menjadi batu loncatan untuk peniaga memperkenalkan produk ke pasaran lebih luas.

Penganjur karnival tersebut, Dr Baharuddin Mohamed berkata, program selama dua hari yang bertemakan Paso Komuniti, Menyingkap Rahsia Ekonomi Mandiri' itu mendapat penyertaan 2,000 peniaga.

Menurutnya, karnival berkenaan yang dianjurkan tiga bulan sekali mampu memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada peserta.

"Tujuan utama penganjuran karnival ini bagi memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk memasarkan produk mereka untuk orang kampung.

"Bagi karnival kali ini yang berlangsung Jun lalu, kita beri 30 tapak percuma kepada peniaga," katanya ketika dihubungi.

Malam Cinta Rasul turut memeriahkan Karnival Usahawan Komuniti Diimpian 2.0.
Malam Cinta Rasul turut memeriahkan Karnival Usahawan Komuniti Diimpian 2.0.

Beliau berkata, istimewanya pada sebelah malam diadakan program Sambutan Cinta Rasul untuk penduduk sekitar mukim Sungai Balang di sini.

Katanya yang juga bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Johor, tujuannya untuk membudayakan selawat dalam kalangan penduduk tempatan.

Selepas selesai program itu Dr Baharuddin menjamu anak yatim dan mereka yang datang dengan nasi beriani rusa yang dipeliharanya sendiri.