'Penat dengar cakap orang, biar saya buat keputusan' - Zamsaham

Norizam. Foto Agensi
Norizam. Foto Agensi
A
A
A

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman akan membuat keputusan sendiri termasuk dalam pemilihan pemain dan jurulatih ke kelab tersebut.

Menurut Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, beliau sudah letih mendengar nasihat daripada orang yang lebih 'profesional' dan dipersalahkan apabila kelab itu mengalami kemerosotan prestasi.

"Yang lepas semua pemain bukan saya pilih. Saya percaya 100 peratus atas semua pilihan yang di cadangkan. Kalah menang saya yang hadap. Agak masalah, semua angkat kaki.

"Kali ini biar saya yang pilih sendiri. Jurulatih Alferado tu pun saya pilih sendiri bukan orang cadangkan.

"Penat dah asyik dengar cakap orang. Kali ini saya decide. Anda lihat hasilnya. Baik dan buruk," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Beliau memuat naik hantaran tersebut untuk menjawab soalan peminat yang mempersoalkan tindakan Zamsaham membuat keputusan sendiri serta tidak merujuk kepada pihak yang lebih profesional untuk membawa masuk pemain dan jurulatih pada jendela perpindahan kali ini.

Setakat ini, beberapa pemain telah dilepaskan oleh Kelantan FC termasuk import mereka, Nuha Marong, Ismaheel Akinade, Mario Aques dan melantik jurulatih baharu, Alferado Vera.