Van der Sar stabil

Van der Sar - Foto Agensi
Van der Sar - Foto Agensi
A
A
A

LEGENDA bola sepak Belanda, Edwin Van der Sar dilaporkan stabil selepas mengalami pendarahan di bahagian otak sebelum ini.

Bekas penjaga gol Manchester United itu sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan serius selepas mengalami pendarahan di bahagian otak dan terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sebelum ini, Van der Sar turut dilaporkan berada dalam keadaan bahaya, namun beliau ketika ini berada dalam keadaan stabil dan baik untuk kembali pulih, lapor Euro Sport.

Pun begitu, Van der Sar masih ditempatkan di ICU untuk pemantauan rapi sebelum boleh diletakkan di wad biasa.

“Edwin masih lagi berada di ICU, tetapi sudah stabil. Kami perlu menunggu dengan sabar untuk mengetahui perkembangan keadaannya.

“Beliau tidak lagi berada dalam keadaan yang mengancam nyawanya,” kata isteri Van der Sar, Annemarie van Kesteren.