Wau bulan plastik

A
A
A
Sulong Mat Ali, 65, mencuba wau bulan yang ditampal dengan plastik ketika tinjauan di rumahnya di Kampung Padang Pak Su Man.

Sulong menggunakan beg plastik bagi menghasilkan wau sejak lima tahun lalu. Bagi peminat wau ia mampu menghasilkan wau berkualiti bagi tujuan pertandingan dan mengisi waktu lapang pada musim kemarau ini.

Katanya selain ringan, penggunaan plastik dilihat mempunyai ketahanan berbanding wau kertas.

Menurut bapa kepada 10 cahaya mata dan 25 cucu itu, Sulong mempunyai lebih 30 wau diperbuat daripada plastik terdiri daripada wau bulan, burung dan barat.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Panggung Bangsawan Melaka

No Image Caption
GALERI

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting

No Image Caption
GALERI

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia

No Image Caption
GALERI

Padi dalam sekolah