DAP perlu ikhlas bertaubat, padamkan terbitan hasutan

Datuk Seri Ti Lian Ker
Datuk Seri Ti Lian Ker
A
A
A

1. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada DAP yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng kerana sudah boleh menerima kuota Bumiputera. Ini adalah jauh berbeza dengan DAP semasa ayahnya Lim Kit Siang.

2. DAP telah dalam Deklarasi Setapak dan Dasar Budaya Demokrasi mereka menyatakan secara nyata dan tersirat untuk menghapuskan amalan budaya kuota (that DAP firmly opposes the division of citizens into “bumiputera” and “non-bumiputera” in terms of cultural and educational policies) apabila mereka berkuasa nanti.

Malahan dalam “Dasar Budaya Demokratik” mereka, DAP telah secara spesifik meminta bahasa English dikembalikan sebagai bahasa rasmi dan bahasa Cina dan Tamil diberi kedudukan rasmi dan dibenarkan untuk digunakan dipersidangan Dewan Undangan Negeri dan Parliamen.

Dalam kandungan yang sama DAP menekankan agar kemasukan universiti harus berdasarkan meritokrasi dan bukannya ethnicity.

3. Pada 23 Julai 2013, apabila kerajaan di bawah Najib Razak memperkenalkan kemasukan universiti tempatan berdasarkan sistem merit, Lim Kit Siang terus mengecam dasar ini yang dikatakan telah menurunkan jumlah kemasukan pelajar Cina jatuh kepada 19% daripada 30% pada tahun sebelumnya.

Nyata DAP terus bermain emosi 3R sepanjang masa. Lim menyatakan dalam (https://www.malaymail.com/news/malaysia/2013/07/23/kit-siang-merit-based-university-entry-system-worse-than-quota-system-refor/499195)

“I had proposed a solution 11 years ago, the reform of pre-university admissions with a race-blind needs-based merit system with 75 per cent places based on merit and 25 per cent allotted to cater to the socio-economically backward students to people our public institutions of higher learning – based on a common university entrance examination.

4. Kini kabinet yang dianggotai oleh DAP dengan jumlah Ahli Parlimen yang paling ramai telah membuat keputusan untuk mengekalkan sistem kuota seperti yang diumumkan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim semalam dan dipersetujui oleh kesemua 40 Ahli Parlimen DAP serta 4 Menteri DAP.

Saya ingin merakamkan syabas kepada DAP yang telah menerima sistem quota yang telah dibantah dan dimaktubkan dalam “organ serta instrument” parti DAP selama-lama ini.

Dalam pada itu, saya ingin menyarankan agar DAP atau Pengerusinya Lim Guan Eng menunjukkan keikhlasan bertaubat ini dengan menarik balik tuntutan mereka selama ini dan memadamkan tuntutan mereka sepenuhnya untuk menunjukkan mereka sudahpun sedar bahawa tindakan mereka selama ini adalah salah.

Mesej yang jelas perlu disampaikan pada penyokong DAP bahawa setelah bersama Kerajaan Perpaduan, mereka sudah sedar dan bertaubat.

Tindakan ini sangat-sangat dialukan dan diperlukan untuk meredakan ketegangan dan polarisasi etnik yang semakin ketara dan merunsingkan di peringkat akar-umbi sejak DAP berkuasa kerana jurang perbedaan yang telah wujud antara mereka yang termakan hasutan DAP dan mereka yang menentang perjuangan DAP ini.

DAP kenalah dengan jelas dan ikhlas menyatakan mereka bersetuju dengan kuota bumiputera dan “Bumiputera Kekal” sebagai mesej yang jelas kepada penyokong mereka supaya penentangan Dasar ini tidak berterusan dan mengancam ketenteram.

*Senator Datuk Seri Ti Lian Ker, Naib Presiden MCA