'Saya umpama kereta kebal' - Sanusi

Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

MENGUMPAMAKAN dirinya sebagai sebuah kereta kebal yang teguh dan tenang walaupun diserang, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), bersedia berdepan saingan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan.

Dihambat kontroversi, dituduh menjadi beban dan liabiliti atau dianggap sebagai kelebihan kepada parti, jeneral perang Perikatan Nasional (PN) itu tidak peduli dengan label diberi, malah tegas dengan pendiriannya untuk kekal menjadi diri sendiri.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, ROSLINDA HASHIM dan NURUL HIDAYAH HAMID bersama Pengerusi PN Kedah ini yang namanya mula menjadi sebutan selepas dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020.

SINAR HARIAN: Apakah kejayaan paling besar Datuk Seri sepanjang mentadbir Kedah?

MUHAMMAD SANUSI: Kejayaan utama adalah menghadapi masalah paling besar di Kedah iaitu infrastruktur bekalan air. Selepas ambil alih pentadbiran negeri pada Mei 2020, kita sambung proses sejak 2010 yang terhenti pada 2018 berkaitan pinjaman bekalan air.

Pada 2021, kita berusaha mendapatkan geran atau pinjaman bagi menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA).

Sebelum proses itu dimuktamadkan, perlu lakukan proses migrasi yang agak lama sangkut kerana banyak tafsiran perlu dimuktamadkan berdasarkan beberapa perjanjian antaranya pengkorporatan, menamatkan dua pemegang konsesi air iaitu Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) dan Taliworks yang memberi penjimatan besar.

Ketika ambil alih, hutang mencecah RM137 juta dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) sedang kerugian RM36 juta dalam operasinya. Pada 2021, kita berjaya kaut keuntungan RM1 juta dan seterusnya muktamadkan proses migrasi.

Kemudian pembinaan lima LRA dimulakan, keutamaan LRA Plubang dengan jajaran paip baharu sepanjang lebih 100 kilometer untuk dua laluan ke Pida (Jerlun) dan Kuala Kedah. Sementara LRA Bukit Selambau berdepan masalah.

Perkara kedua, pelaburan melonjak. Bermula 2020 hingga 2022, kita sentiasa mendekati syarikat-syarikat sedia ada untuk menambah pelaburan. Sebuah syarikat melabur RM42 bilion menjadikan keseluruhan pelaburan mencecah RM68 bilion. Ia rekod baharu Kedah.

* Baca wawancara penuh di Sinar Premium.