Devan puas hati fokus, disiplin tinggi Negeri Sembilan

Pemain JDT Fernando Forestieri (empat dari kanan) diasak pemain Negeri Sembilan, Mark Goulon (tiga dari kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto Bernama
Pemain JDT Fernando Forestieri (empat dari kanan) diasak pemain Negeri Sembilan, Mark Goulon (tiga dari kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto Bernama
A
A
A

NEGERI Sembilan FC mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan lain selepas tampil memperagakan permainan membanggakan biarpun tewas 0-2 kepada penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada Sabtu.

Malah, menurut pengendali skuad Rusa, K Devan, pasukan pelawat yang tampil fokus dan disiplin berjaya mengekang penguasaan JDT selain mampu menghadirkan beberapa percubaan terhadap pertahanan Harimau Selatan kendalian Estaban Scolari.

"Kita datang ke Stadium Sultan Ibrahim dengan mengetahui JDT sebuah pasukan yang mengamalkan taktikal menyerang. Dan sekiranya kami mengamalkan gaya permainan menyerang, pasukan akan berdepan kesulitan dalam perlawanan ini.

"Dari aspek taktikal, sesebuah pasukan itu perlu bagus sama ada menyerang atau bertahan, Negeri Sembilan tidak memiliki kekuatan menyerang berbanding JDT yang memiliki rangkaian serangan serba lengkap.

"Tanpa lima pemain utama selain pasukan yang tidak lengkap, saya berpuas hati apabila Negeri Sembilan berjaya memberikan cabaran kepada JDT," katanya selepas perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan itu, JDT meneruskan momentum positif apabila raih kemenangan ke atas Negeri Sembilan hasil jaringan Feroz Baharudin minit ke-21 dan Leandro Velazquez (m-44).