Pemandu Myvi maut tersepit dalam kereta

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut. - Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut. - Foto Ihsan JBPM
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam kenderaan yang dipandunya selepas terlibat nahas di Jalan Maran-Temerloh di sini pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu kejadian melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Kia Sportage.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 petang.

"Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin bersama sebuah jentera dengan bantuan BBP Bukit Angin serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.

Keadaan kereta Kia yang remuk akibat kemalangan tersebut di Jalan Maran-Temerloh pada Ahad.
Keadaan kereta Kia yang remuk akibat kemalangan tersebut di Jalan Maran-Temerloh pada Ahad.

"Berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Kia Sportage telah bertembung dengan Myvi," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.

Ujar Zulfadli, seorang elaki dewasa tersepit di bahagian pemandu dan mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Penumpang Myvi iaitu seorang lelaki dewasa dan pemandu Kia mengalami kecederaan," tambah beliau.