Pejabat Mohamad Sabu nafi terlibat program berkaitan durian

Mohamad
Mohamad
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menafikan penglibatan dan kehadiran menteri berkenaan dalam Majlis Pelancaran Program Sistem Data Dan Kualiti Durian Eksport Malaysia sepertimana tular di media sosial, pada Jumaat.

Menurut pejabat itu dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Mohamad, ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan nama menteri berkenaan.

"Sehubungan dengan itu, Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak menyalahgunakan nama menteri dalam mana-mana program yang tidak mendapat pengesahan atau persetujuan daripada pejabat menteri,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular di media sosial mengenai penglibatan Mohamad dalam program tersebut yang akan berlangsung di sebuah hotel di sini pada 10 Julai ini. - Bernama