Isteri Eddie Wings meninggal dunia

Eddie memaklumkan isterinya menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi buah pinggang.
Eddie memaklumkan isterinya menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi buah pinggang.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] ISTERI kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia kira-kira jam 2.10 petang, pada Jumaat.

Berita duka itu disahkan pengurusan kumpulan Wings kepada Sinar Harian.

Menurut wakil kumpulan itu, Norlela meninggal dunia di Hospital Ampang selepas dua minggu mendapat rawatan di sana.

“Jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Insya-ALLAH selepas Maghrib,” ujarnya.

Foto kenangan Eddie bersama ahli keluarganya.
Foto kenangan Eddie bersama ahli keluarganya.

Memetik laporan mStar, Eddie atau nama sebenarnya Samsaidi Ulong Idris, 55, memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi buah pinggang ketika melakukan rawatan dialisis.

Selain masalah buah pinggang, Allahyarham juga terkena jangkitan kuman dan menyebabkan jantung menjadi lemah.