Hampir separuh bekalan air paip di AS dicemari bahan kimia - Kajian

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

LOS ANGELES - Hampir separuh bekalan air paip di Amerika Syarikat tercemar dengan bahan kimia yang dikenali sebagai 'bahan kimia kekal', menurut kajian terkini daripada Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environment International edisi Ogos, pendedahan terhadap bahan "per- and poly-fluoroalkyl” (PFAS), juga dikenali sebagai 'bahan kimia kekal' dikesan dalam air minuman merupakan kebimbangan kesihatan global, lapor Xinhua.

Pasukan penyelidik menjalankan satu kajian nasional untuk membandingkan PFAS dalam air paip dari 716 lokasi di seluruh Amerika Syarikat sejak dari 2016 hingga 2021.

Pasukan terbabit menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu PFAS dapat dikesan dalam kira-kira 45 peratus sampel air minuman di Amerika Syarikat.

Kajian itu memerlukan penilaian lanjut tentang risiko kesihatan kumulatif PFAS sebagai satu kelas dan digabungkan dengan bahan cemar lain yang berlaku serentak. - Bernama/Xinhua