Tak jadi calon PRN bukan cubaan padam 'legasi Tok Guru' - Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
A
A
A

BACHOK - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan tiada sebarang cubaan untuk memadamkan legasi Allahyarham bapa Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru selepas nama beliau difahamkan tidak tercalon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Abduh berkata, menjadi calon pilihan raya bukan sebahagian daripada legasi Tok Guru.

"Legasi sebenar Tok Guru adalah mempertahankan perjuangan Islam dan kerajaan Kelantan.

"Kena faham elok-elok. Jika... nama saya diangkat sebagai calon, itu bukan cubaan untuk memadamkan legasi Tok Guru," katanya semasa sidang akhbar pada malam Rabu.

Beliau sebelum itu ditemui pada program Ceramah Ppakat Pertahan Parlimen Bachok di sini.

Media sebelum ini melaporkan, Nik Abduh mendedahkan tidak menerima ‘lamaran’ daripada Pas atau mana-mana parti politik untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Anak bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, tiada keperluan untuk beliau bertanding pada PRN nanti berikutan wakil-wakil rakyat yang ada pada ketika ini sudah menunjukkan prestasi yang baik.