Mayat lelaki ditemui dalam parit

Satu mayat lelaki dijumpai dalam parit di Teluk Bunut, Banting pada Rabu. - Foto Bomba Selangor
Satu mayat lelaki dijumpai dalam parit di Teluk Bunut, Banting pada Rabu. - Foto Bomba Selangor
A
A
A

BANTING - Satu mayat lelaki ditemui dalam parit di Teluk Bunut, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya daripada orang awam pada jam 8 pagi.

Menurutnya, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian baju warna putih dan seluar pendek.

"Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.

"Terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai milik mangsa ditemui ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci berhampiran lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Ridhwan
Ahmad Ridhwan

Beliau berkata, temu bual dengan keluarga mangsa mengesahkan kereta terbabit milik mangsa yang juga anak sulung berusia 41 tahun daripada empat beradik.

Katanya, mangsa tidak bekerja dan mempunyai sejarah penyakit jantung, gastrik, darah tinggi, strok separuh badan dan masih menerima rawatan di Hospital Banting.

"Pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah," ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikejarkan ke lokasi kejadian untuk bantuan mengangkat mayat mangsa.