'Kakak bersungguh ajak kami sekeluarga berkelah'

Siti Aisyah
Siti Aisyah
A
A
A

KEMAMAN - "Kakak ada ajak kami sekeluarga pergi berkelah tapi kami tak dapat ikut kerana ada urusan lain," kongsi Siti Aisyah Eiyi, 39, adik kepada Azizah Eiyi, 40, yang lemas di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini pada Ahad.

Siti Aisyah dengan nada pilu berkata, dia sangat terkejut apabila mengetahui perkelahan kakaknya sekeluarga di Jeram Air Putih berakhir dengan tragedi.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan kakaknya pada Hari Raya Aidiladha lalu.

"Selain mengajak kami sekeluarga, kakak juga ada mengajak mak (Halimah Kasim, 60-an) dan adik-beradik yang lain berkelah, namun semua tak dapat sertai kerana ada urusan.

"Itulah kali terakhir saya jumpa dengan kakak. Dia datang ke rumah mak dan wajahnya sangat ceria," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.

Menurut Siti Aisyah, dia reda dengan tragedi berkenaan meskipun ia memberi kesan mendalam kepada mereka sekeluarga terutama ibu bapanya.

Pada Ahad, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Dua mayat pertama telah ditemukan orang ramai tengah hari Ahad iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

Pada Isnin, tujuh lagi mayat mangsa tragedi kepala air ditemui setakat tengah hari ini sementara seorang lagi dikhuatiri masih hilang.

Mangsa yang belum disahkan identiti setakat ini dikenali sebagai Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4, tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, berasal dari Batu Pahat, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Mayat ketiga, keempat ditemui - Polis

Tragedi kepala air: Operasi diperluas ke tiga zon babit 32 km

[VIDEO] Jenazah mangsa tragedi kepala air tiba di HSNZ

Tragedi kepala air: 9 mangsa sudah ditemukan setakat tengah hari