Anak Muammar Gaddafi 'kritikal', dipindah dari penjara ke hospital

Hannibal Gaddafi - Foto Reuters
Hannibal Gaddafi - Foto Reuters
A
A
A

KAHERAH - Kesihatan Hannibal Gaddafi, iaitu anak kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilaporkan dalam 'keadaan kritikal'.

Susulan itu, menurut laporan stesen berita Al-Hadath TV yang berpusat di Dubai pada Ahad, dia telah dipindahkan dari penjara di Lebanon ke hospital.

Hannibal dilaporkan telah melancarkan mogok lapar bulan lalu sebagai protes terhadap penahanan tanpa bicara yang dikenakan terhadapnya sejak 2015.

Al-Hadath yang memetik sumber melaporkan, Hannibal mengalami masalah tekanan darah.

Dia didakwa di Lebanon kerana menyembunyikan maklumat mengenai nasib Imam Musa Al-Sadr iaitu seorang ulama Syiah Lebanon yang hilang semasa lawatan ke Libya pada 1978.

Muammar Gaddafi pula ditangkap dan dibunuh selepas beliau digulingkan pada 2011. - Agensi