Sarjan ditemui mati di IPD Rembau

Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau pada Sabtu.
Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau pada Sabtu.
A
A
A

REMBAU - Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau pada Sabtu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa berusia 58 tahun itu ditemui jam 6.30 petang di sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Namun siasatan lanjut sedang dijalankan dan orang ramai diminta tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan menghormati keluarga si mati," katanya.