Enam cedera nahas dua kenderaan

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Iskandar menghala ke Kampug Bukit Kapar, di sini, pada Ahad.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Iskandar menghala ke Kampug Bukit Kapar, di sini, pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Seramai enam individu termasuk tiga wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Iskandar menghala ke Kampug Bukit Kapar, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.30 pagi.

"Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohamadul Ehsan berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Accord dinaiki lima sekeluarga berusia 19 tahun hingga 59 tahun disyaki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki dua lelaki berusia 20-an.

Keadaan kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Iskandar menghala ke Kampug Bukit Kapar, di sini, pada Ahad.
Keadaan kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Iskandar menghala ke Kampug Bukit Kapar, di sini, pada Ahad.

"Akibat kemalangan tersebut kedua-dua pemandu kenderaan itu cedera patah kaki kanan, manakala empat mangsa yang menaiki kereta Honda Accord mengalami cedera ringan.

"Penumpang kereta Nissan Grand Livina pula tidak mengalami kecederaan, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut," katanya.