Selangor beri cuti tambahan Jumaat sempena Aidiladha

Kerajaan Selangor bersetuju memberikan kemudahan cuti tambahan kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri ini pada Jumaat sempena perayaan Aidiladha. (Gambar kecil: Haris)
Kerajaan Selangor bersetuju memberikan kemudahan cuti tambahan kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri ini pada Jumaat sempena perayaan Aidiladha. (Gambar kecil: Haris)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersetuju memberikan kemudahan cuti tambahan kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri ini pada Jumaat sempena perayaan Aidiladha.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, cuti tambahan itu diberikan berikutan pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidiladha pada Khamis bersamaan 10 Zulhijjah 1444 Hijrah.

Menurut beliau, cuti itu diberikan selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

"Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265).

"Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri Selangor," jelas beliau.