9 banduan penjara Labuan dibebaskan sempena Aidiladha

Sebahagian banduan yang mendapat PBSL)bertemu keluarga pada majlis PBSL Ihsan Madani bertemakan ‘Kepulangan Yang Dinanti' sempena Aidiladha 2023 di Pusat Koreksional Labuan pada Selasa. - Foto Bernama
Sebahagian banduan yang mendapat PBSL)bertemu keluarga pada majlis PBSL Ihsan Madani bertemakan ‘Kepulangan Yang Dinanti' sempena Aidiladha 2023 di Pusat Koreksional Labuan pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Sembilan banduan Muslim dibebaskan daripada Penjara Labuan di bawah program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madan sempena perayaan Aidiladha.

Pengarah Pusat Koreksional Labuan Pembantu Pesuruhjaya, Kalbin Mohd Said berkata, kesemua mereka berasal dari Labuan iaitu enam orang dijemput anggota keluarga dan saudara di luar premis penjara, manakala tiga lagi pulang kepada majikan masing-masing.

Kalbin berkata, setakat ini, seramai 21 banduan telah dibebaskan di bawah PBSL melibatkan enam orang dalam kumpulan pertama yang dibebaskan sempena Hari Raya Aidilfitri (19 April); enam orang pada Festival Kaamatan (hujung Mei) dan kumpulan ketiga pada Selasa

"Kesemua mereka telah menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman dan dijadual untuk dilepaskan dalam satu atau dua bulan.

"Mereka telah menunjukkan tingkah laku yang baik dan patuh mengikuti program rehabilitasi sepanjang penahanan mereka,” katanya kepada selepas pembebasan banduan itu di Pusat Koreksional Labuan di Jalan Bukit Timbalai.

Beliau berkata, inisiatif PBSL turut menyasarkan untuk mengurangkan bilangan pesalah berulang dan kesesakan di penjara.

"Kami harap ahli keluarga menerima kepulangan banduan ini dengan hati terbuka, supaya mereka boleh menebus diri dan kembali kepada kehidupan biasa,” katanya dan menambah inisiatif PBSL dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. - Bernama