RM80 juta duit raya untuk veteran tentera

Mohamad ketika merasmikan Pusat khidmat rakyat Dun Tokai dan Parlimen Pendang semalam.
Mohamad ketika merasmikan Pusat khidmat rakyat Dun Tokai dan Parlimen Pendang semalam.
A
A
A

PENDANG - Kementerian Pertahanan bakal memperuntukkan RM80 juta sumbangan duit raya untuk bekas tentera berstatus veteran.

Menterinya, Mohamad Sabu mengumumkan perkara itu telah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan peruntukan itu akan disalurkan untuk musim perayaan tahun ini.

Menurutnya, sumbangan duit raya itu akan diberikan kepada veteran yang berpencen dan juga tidak berpencen.

"Kita akan buat penilaian teliti agar mereka yang berkelayakan sahaja mendapat sumbangan ini.

"Kita akan utamakan golongan B40 iaitu mereka yang berpendapatan rendah," katanya ketika berucap di majlis perasmian Pusat Khidmat Rakyat DUN Tokai dan Parlimen Pendang malam tadi.

Menurut Mohamad, untuk mereka yang pencen berpangkat tinggi dan mempunyai perniagaan tertentu akan dikecualikan daripada menerima sumbangan ini.

"Kita akan minta pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk membuat tapisan melibatkan golongan ini," katanya.

Tambah Mohamad, bekas tentera yang mempunyai pingat jasa juga akan diberikan sumbangan.

Artikel Berkaitan:

"Ia bergantung kepada jumlah peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan.

"Jika perkembangan ekonomi negara bertambah baik insya-ALLAH kita akan berikan," katanya.