Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin

Tangkap layar kenyataan di facebook Mohd Khairuddin pada Ahad. Mohd Khairuddin (kiri).
Tangkap layar kenyataan di facebook Mohd Khairuddin pada Ahad. Mohd Khairuddin (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin politik terutamanya mereka yang memperjuangkan politik Islam diingatkan agar menjaga akhlak sebagai seorang Muslim terutamanya dalam suasana Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sikap sebegitu perlu ditunjukkan kepada mereka yang bukan Islam bahawa itulah adalah dakwah Islam yang dihiasi akhlak mulia dalam berpolitik.

“Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?

“Bagaimana seorang yang mengaku memperjuangkan politik Islam tergamak menuduh sembarangan, menghina, merendah-rendahkan sesama Muslim malah ada pula yang maki hamun mengeluarkan kata-kata kesat?

"Dalam suasana PRN sekarang marilah kita menjaga akhlak sebagai seorang Muslim. Tunjukkan kepada bukan Islam inilah dakwah Islam yang dihiasi akhlak mulia dalam berpolitik,” katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad.