Saya sendiri rasa pengalaman itu: Sherry Ibrahim

Sherry
Sherry
A
A
A

PELAKON, Sherry Ibrahim berkata tawaran berlakon agak terhad untuknya sejak dia mula bertudung.

Akur dengan situasi itu, Sherry, 35, bagaimanapun tidak ambil pusing apatah lagi untuk mengeluh.

"Saya sendiri rasa pengalaman itu. Sejak berhijab tawaran berlakon dan watak yang bersesuaian dengan saya agak terhad.

"Lagi pun saya mahu elakkan babak bersentuhan dan fasal ini pun telah saya maklumkan kepada pengarah. Insya-ALLAH ada tawaran nanti saya akan terima.

"Bagaimanapun saya percaya dengan rezeki dan perubahan saya ini dibuat kerana agama dan bukan kerana imej atau fesyen," ujarnya kepada Sinar Harian.

Mengenai perkembangan lain, Sherry kini dalam projek menyiapkan koleksi terbaharu SherryScarves sekali gus untuk koleksi Hari Raya 2019.

Sementara itu, katanya lagi, dia bakal keluar dengan single terbaharu.

"Untuk kali ini saya akan muncul dengan rentak pop sebab nak buat satu kelainan serta mencuba untuk menarik pendengar milenia pula,” katanya.

Artikel Berkaitan: