Ailton waspada jumpa Sabah

Ailton (kanan) memberikan arahan kepada pemain semasa sesi latihan Kelantan United.
Ailton (kanan) memberikan arahan kepada pemain semasa sesi latihan Kelantan United.
A
A
A

KETUA jurulatih Kelantan United FC, Ailton Silva bersikap waspada berdepan Sabah FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Isnin.

Ailton berkata, Sabah merupakan pasukan yang kuat dibarisi pemain muda dan tonggak berpengalaman yang sudah masak dengan kancah saingan Liga Super.

"Kami tahu perlawanan ini akan menjadi sukar, mereka mempunyai skuad yang kuat dan ia akan menjadi cabaran hebat untuk kami".

"Tapi saya fikir, adalah sangat penting juga buat kami melihat bahawa pemain memahami setiap kerja serta cara kami perlu bermain," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Menurut beliau, barisan pemain Kelantan United perlu fokus sepenuhnya pada perlawanan bagi memastikan mereka mampu mencuri mata.

"Jika Sang Kijang Hijau melakar keputusan positif, ia mampu memikat lebih ramai penyokong untuk ke stadium selepas ini.

"Bila bermain bagus, mereka akan dapat sokongan penyokong dan ia penting terutamanya dalam perlawanan di tempat sendiri," katanya.

Diminta mengulas tentang berada di bangku pasukan di tepi padang buat kali pertama, Ailton menjelaskan memang ada tekanan bila berada situ tetapi beliau tidak tertekan kerana sudah biasa.

"Bagi saya, ia adalah sangat biasa. Memang ada tekanan namun bila selalu bekerja di sana, saya sudah biasa.

"Sudah tentu ada kebimbangan pada perlawanan pertama tetapi itu perkara biasa dan apabila perlawanan sudah bermula, semuanya sudah berakhir," ujarnya.