Pemerhati burung Labuan

A
A
A
Spesies Burung Belukar Kaki Kelabu atau 'Slaty Legged Crake' mencari makanan di kawasan belukar ketika tinjauan di kawasan belukar Kampung Bukit Kalam hari ini.

Menurut Avian Group Labuan, penemuan burung yang jarang ditemui itu merupakan rekod kedua dicatatkan di kawasan Labuan dan Borneo.

Spesies ini pernah direkodkan pertama kali pada September 2018 yang ditemui di kawasan padang golf Labuan dalam keadaan tercedera, namun penemuan burung Slaty Legged Crake kali ini dalam dalam keadaan sihat dan menjalani kehidupan di kawasan habitatnya.

Slaty Legged Crake adalah sejenis burung migrasi dalam keluarga 'Rallina Eurizonoides', biasa ditemui di Wilayah Asia Tenggara dan beberapa bahagian di Asia Selatan.

Kebanyakan burung pada musim migrasi datang dari arah negara selatan yang berlaku antara bulan April hingga Ogos setiap tahun.

Penemuan ini juga menarik perhatian kumpulan pemerhati burung dari kawasan Borneo terutama dari Sabah dan negara Brunei Darussalam.

Kepada peminat dan pemerhati burung yang mahu mengikuti perkembangan burung ini boleh melayari Youtube Labuan Avian Group dan kepada yang ingin membuat pemerhatian di lokasi boleh berhubung melalui email labuanbirds@gmail.com.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia

No Image Caption
GALERI

Prototaip EV Myvi Emo-1

No Image Caption
GALERI

Kawasan konflik Nagorno-Karabakh

No Image Caption
GALERI

Persediaan ternakan korban