Poster bantuan RM1,500 sempena Aidiladha palsu - Fahmi

Gambar dikongsi Fahmi melalui Facebooknya mengenai poster palsu kononnya mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak RM1,500.
Gambar dikongsi Fahmi melalui Facebooknya mengenai poster palsu kononnya mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak RM1,500.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan sebaran berbentuk poster mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak RM1,500 adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Fahmi menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

"Ini sebaran palsu, harap maklum,” katanya.

Beliau turut berkongsi poster berkenaan yang menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini. - Bernama