Batik Air tawar harga tambang istimewa ke Incheon, Seoul

No Image Caption
A
A
A

PENERBANGAN pertama Batik Air ke Incheon, Seoul, Korea Selatan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 malam tadi telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul pada jam 6 pagi hari ini.

Ketibaan pesawat Boeing 737-8 MAX dengan kapasiti 180 tempat duduk itu disambut oleh kumpulan Batik Air Korea Selatan.

Menurut Pengarah Grup Strategi Batik Air/Lion Air Group, Datuk Chandran F Muthy, pihaknya sangat teruja dengan penerbangan pertama ke Incheon, Seoul yang mana permintaannya sangat menggalakkan.

"Populariti Korea Selatan dari segi hiburan seperti muzik, drama, filem dan makanan telah menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk terbang ke negara ini.

"Oleh itu, dengan penerbangan Batik Air terus ke Seoul, rakyat Malaysia boleh merasai sendiri pengalaman tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, dengan Batik Air, diharapkan dapat menarik minat rakyat Korea Selatan pula untuk melancong ke negara Kita.

Penerbangan pertama Batik Air ke Incheon, Seoul, Korea Selatan dari KLIA pada jam 10.30 malam tadi telah selamat mendarat di Incheon, Seoul pada jam 6 pagi hari ini.
Penerbangan pertama Batik Air ke Incheon, Seoul, Korea Selatan dari KLIA pada jam 10.30 malam tadi telah selamat mendarat di Incheon, Seoul pada jam 6 pagi hari ini.

"Malaysia mempunyai banyak potensi dalam sektor pelancongan, justeru dengan adanya jalinan hubungan ini diharapkan dapat membawa ramai rakyat Korea Selatan untuk menerokai destinasi tempat-tempat menarik di negara kita pula," katanya.

Penerbangan Batik Air dari KLIA ke Incheon dijadualkan pada setiap hari jam 10.30 malam dan tiba pada jam 6 pagi. Sementara pelepasan dari Incheon ke KLIA pula pada jam 7 pagi dan tiba jam 12.50 tengah hari.

Batik Air menawarkan harga istimewa perjalanan satu hala kelas ekonomi bermula daripada RM389 termasuk 20kg muatan beg. Turut ditawarkan pembelian makanan di dalam kapal terbang atau secara pra tempahan.

Maklumat lanjut boleh layari laman web batikair.com.my atau malindoair.com.